Sunday, February 13, 2011

Semalam di Impiana Resort Cherating

Asalamualaikum...

Dah lama aku x update blog ni, sebok je memanjang. dengan audit lagi, pastu training lagi... mujurlah ada business holiday last weekend, leh gak relax jap.Untuk kali ni aku nak coretkan pengalaman aku bermalam di impiana resort, cherating. 1st time aku bermalam kat sini selepas aku wat arrangement utk company conference.

Tempat dia mmg sesuai utk relax, tenangkan minda... bilik pun cozy, ngan suasana bilik lebih menjurus ala-ala percutian kat chalet pulau, simple yet so relaxing. Entah camner, aku pun dapat bilik superior, walhal asalnya dapat bilik deluxe.. thanx a lot la kat sales person Impiana (Cik Fara - orangnya comel gitu, assistant dia x tau nama, pastu Pn Rohana). of coz la ada hi-cup kat mana2 event, n aku x nafikan apatah lagi ngan short notice..

Duk dalam bilik sekejap di waktu petang, aku bukak cenel 12 kat TV (aku punya bilik tv lama 14 inci, bilik member aku ada dpt LCD plak), perghhh...layan pulak Lite & Easy FM, sambil bukak tingkap bagi bunyi ombak dipantai menegur halwa telingaku.  Aku order in-room dining ; spageti (reger = RM 31.90 inclusive ngan tax) sbb ada orang rekemen spageti kat www.foursquare.com, tapi kan makanan kurang enak sikit la. Berdasarkan kepada sesi makanan Lunch, dinner, breakfast, mungkin chef ni ada masalah nak masak western, tapi pastry dia leh tahan la.

Lepas asar, aku turun joint member ofis men bola sepak pantai, ada yang main volleyball. perghhh, penat x ingat la, pdahal baru belari sekali je ke gawang lawan. pastu mandi swimming pool (walaupun aku x reti berenang), siap masuk tmpat dalam... syok nye pool impiana ni ada bar kat dalam pool, aku pun layan ar minum air tin Root beer (reger = RM 7.00 termasuk tax). Last-last aku kena campak lagi kat pool dalam tu ngan diorang sbb badan aku dah kering... x aci sungguh... terkapai2 aku mencari dinding pool untuk berpaut.

Time aku rasa paling syok lepak kat bilik adalah time selepas subuh, sebab kesunyian tempat tu memberi ruang utk bunyi ombak menenangkan jiwa. Aku rasa, aku nak datang lagi ke resort ni satu hari nanti, sebab x puas nak berada dalam keadaan yang santai, especially ketika kita perlukan hide-out place, utk lari daripada kekacauan yang ada... enjoy my photos (captured with Nokia 5800)
















No comments:

Post a Comment