Tuesday, February 1, 2011

Bolasepak : 10 Rekod Yuran Perpindahan Tertinggi Setakat ini (part 1)

Tadi, kita dah tengok keputusan Liga Super Malaysia 2011, yang pernah kecoh atas kes perpindahan pemain-pemain kebangsaan ke liga super Indonesia. sekarang ni, aku nak bagitau kat korang semua 10 rekod yuran perpindahan tertinggi setakat ini

10. Gianluigi Buffon
(Parma to Juventus, 2001, £32.6 million)

 Merupakan penjaga gol yang mendapat rekod perpindahan tertinggi ketika berhijrah ke Juventus, dan turut memegang rekod untuk pemain posisi pertahanan + goalie tertinggi.

9. David Villa
(Valencia to Barcelona, 2010, £34 million)


 Agak ganjil proses perpindahan penyerang prolifik ini, kerana Villa menyertai Skuad Catalan sebelum World Cup 2010 dimulakan. Tonggak utama Sepanyol ini dikatakan seorang yang mempunyai killer instinct yang bagus sebagai seorang penyerang (forward)

8. Andy Carroll
(Newcastle to Liverpool, 2011, £35 million)


 Dunia belum begitu mengenali Andy Carroll selain peminat Newcastle & England. Penyerang berketinggian 6" 3 ' ini dikatakan tidak ingin meninggalkan kelab The Toon, tetapi dipaksa oleh pemilik kelab, Mike Ashley bagi menyuntik dana kelab yang baru sahaja kembali ke kancah Barclays Premier League (BPL) musim 2010/2011. Dengan 11 gol daripada 19 perlawanan, Liverpool nekad membeli pemain yang bakal menyarung jersi keramat no. 9 di Anfield nanti.

7. Hernan Crespo
(Parma to Lazio, 2000, £35.5 million)


Pembelian yang amat bermakna bagi skuad yang berpengkalan di Rome ini apabila Crespo membantu Lazio menjuarai Liga Itali (Scudetto) pada musim 2000/2001. Aku pasti beli Crespo kalo main Championship Manager (CM) 00/01, kerana pasti memberikan 'double digit goal' utk kelab aku. hehehehehe.....

6. Luis Figo
(Barcelona to Real Madrid, 2000, £37 million)


 Pembelian yang mengundang rasa marah apabila Figo nekad menyertai Real Madrid dari seteru lamanya, Barca. Figo merupakan salah seorang perancang tengah yang hebat dan merupakan tonggak utam dalam generasi 'emas' Skuad Portugal.

Kita akan bersambung bahagian kedua (5-1), insyaAllah, jika diberi kelapangan masa dan tenaga.

No comments:

Post a Comment