Sunday, February 13, 2011

Semalam di Impiana Resort Cherating

Asalamualaikum...

Dah lama aku x update blog ni, sebok je memanjang. dengan audit lagi, pastu training lagi... mujurlah ada business holiday last weekend, leh gak relax jap.Untuk kali ni aku nak coretkan pengalaman aku bermalam di impiana resort, cherating. 1st time aku bermalam kat sini selepas aku wat arrangement utk company conference.

Tempat dia mmg sesuai utk relax, tenangkan minda... bilik pun cozy, ngan suasana bilik lebih menjurus ala-ala percutian kat chalet pulau, simple yet so relaxing. Entah camner, aku pun dapat bilik superior, walhal asalnya dapat bilik deluxe.. thanx a lot la kat sales person Impiana (Cik Fara - orangnya comel gitu, assistant dia x tau nama, pastu Pn Rohana). of coz la ada hi-cup kat mana2 event, n aku x nafikan apatah lagi ngan short notice..

Duk dalam bilik sekejap di waktu petang, aku bukak cenel 12 kat TV (aku punya bilik tv lama 14 inci, bilik member aku ada dpt LCD plak), perghhh...layan pulak Lite & Easy FM, sambil bukak tingkap bagi bunyi ombak dipantai menegur halwa telingaku.  Aku order in-room dining ; spageti (reger = RM 31.90 inclusive ngan tax) sbb ada orang rekemen spageti kat www.foursquare.com, tapi kan makanan kurang enak sikit la. Berdasarkan kepada sesi makanan Lunch, dinner, breakfast, mungkin chef ni ada masalah nak masak western, tapi pastry dia leh tahan la.

Lepas asar, aku turun joint member ofis men bola sepak pantai, ada yang main volleyball. perghhh, penat x ingat la, pdahal baru belari sekali je ke gawang lawan. pastu mandi swimming pool (walaupun aku x reti berenang), siap masuk tmpat dalam... syok nye pool impiana ni ada bar kat dalam pool, aku pun layan ar minum air tin Root beer (reger = RM 7.00 termasuk tax). Last-last aku kena campak lagi kat pool dalam tu ngan diorang sbb badan aku dah kering... x aci sungguh... terkapai2 aku mencari dinding pool untuk berpaut.

Time aku rasa paling syok lepak kat bilik adalah time selepas subuh, sebab kesunyian tempat tu memberi ruang utk bunyi ombak menenangkan jiwa. Aku rasa, aku nak datang lagi ke resort ni satu hari nanti, sebab x puas nak berada dalam keadaan yang santai, especially ketika kita perlukan hide-out place, utk lari daripada kekacauan yang ada... enjoy my photos (captured with Nokia 5800)
















Monday, February 7, 2011

Coretan dari seorang Blogger kepada Blogger

Asalamualaikum....

Petikan ini aku rasa tak tahu la pedas ke tidak, tapi berniat baik kepada semua. sekarang ni, blog muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan, terlalu banyak. Akan tetapi, yang menjadi persoalannya adalah, adakah blog itu asli? Adakah blogger membuat kerja-kerja mem' blogging' kan dengan idea yang original dan kreatif? Bukan sekadar menampal artikel daripada mana-mana blog atau laman lain....

Bila aku tengok semula The Social Network, aku tengok genius yahudi ni (mark zukerberg) boleh blogging ketika mabuk sambil buat coding utk www.facemash.com. sesuatu yang perlu dipandang pada perspektif yang betul. Idea cetusan blog merupakan idea yang datang daripada hati blogger (walaupun dalam citer tu, mark kutuk x-gf dia), dan bukan sekadar copy-paste karangan orang lain.

Yalah, ada orang cakap 'sharing is caring', tetapi kalau semua isi blog datang dari aktiviti left click (copy) dan  right click (paste), mana effort sebenar blogger? bukan setakat mencantikkan blog dengan widget atau gadget jer...

bukan marah, tetapi idea yang kreatif serta asli perlu ditekankan didalam blog yang dicipta, bukan sekadar menempel hak milik orang lain.

to all blogger, let's be original & creative as we can...

Sunday, February 6, 2011

MP3 : Movie Love Song

Asalamualaikum... "sejahteralah keatas kamu"....

dDah lama aku menyepi dari menulis blog kes cuti raya ciner, and aku xde internet connection masa balik kampung. Kali ni album cintan cintun menjadi pilihan aku untuk dikongsi bersama. Lagu-lagu cinta yang dipetik daripada soundtrack citer dikumpulkan sekali didalam album ini. Xyah citer panjang-panjang, siler la donwload.

Track List

1. Mario & Nesty - Never Say Goodbye
2. Hugh & Drew - Way Back Into Love
3. Whitney Houston - I Will Always Love You
4. Star - I Think I
5. Gabrielle - Out Of Reach
6. LeAnn Rimes - Can't Fight The Moonlight
7. Wet Wet Wet - Love Is All Around
8. Trisha Yearwood - How Do I Live
9. Daniel Bedingfield - If You're Not The One
10. Sugarbabes - Too Lost In You
11. Ronan Keating - When You Say Nothing At All
12. Sixpence None The Richer- Kiss Me
13. The Corrs - All The Love In The World [Remix]
14. Faith Hill - There You'll Be
15. Diana King - I Say A Little Prayer
16. Aqua - Turn Back Time
17. Sarah McLachen - Angel
18. Righteous Brothers - Unchained Melody
19. Ebola - From Me...Myself

DOWNLOAD >>> Movie Long Song Album

Wednesday, February 2, 2011

Bolasepak : 10 Rekod Yuran Perpindahan Tertinggi Setakat ini (part 2)

Ok.. sambungan kepada post yuran perpindahan yang tertangguh untuk tempoh 24 jam, hehehehe... BTW, dekat rumah aku ni bole tahan meriah malam 'makan besar' keluarga cina disini.. skali lagi aku ucapkan kepada mereka Gong xi fa chai... Untuk top 5 ni, aku akan bagi detail skit pasal diorang

5. Zinedine Zidane
(Juventus to Real Madrid, 2001, £46.5 million)


Nama penuh : Zinedine Yazid Zidane
Panggilan : Zizou
Date of Birth (D.O.B) : 23 Jun 1972
Posisi : Perancang tengah (Centre Midfielder CM, Attacking Midfielder AMC)

Semua orang didunia mengenali Zidane dengan kes di Piala Dunia 2006 apabila dia menanduk Materazzi, menyebabkan Perancis terlepas peluang merangkul Piala Dunia ketika itu. Zidane amat dikenali dengan 'skill' hantaran bola yang begitu tepat, menyaksikan Perancis menjuarai Piala Dunia 1998 dengan bakat serta karisma Zidane ketika itu. Ketika ini, Zidane sedang membantu kelab Real Madrid secara belakang tabir serta menjadi duta untuk beberapa badan amal. BTW, dia seorang pemain beragama Islam.... hehehehe


4. Fernando Torres
(Liverpool to Chelsea, 2011, £50 million)


Nama penuh : Fernando José Torres Sanz
Panggilan : El-Nino
D.O.B : 20 Mac 1984
Posisi : Penyerang (Centre Forward, CF)

Fernando Torres memulakan kerjaya bola sepak beliau di kelab Atletico Madrid, sebelum berhijrah ke Liga Perdana Inggeris (BPL) melalui kelab Liverpool pada tahun 2007. Memecahkan rekod jaringan gol Ruud Van Nisterooy pada musim pertama, peminat mula melaungkan yang Torres mampu membawa kejuaraan liga untuk Liverpool. Malangnya, selepas 4 musim berlalu, Torres belum mendapat mengucup juara liga, sesuatu yang tidak dibanggakan walaupun jaringan tunggal beliau untuk final EURO 2008 memberi Sepanyol kejuaraan pertama kejohanan Eropah itu. Kemampuan untuk melakukan sesuatu yang magis serta kepantasan Torres memikat bukan sahaja peminat malah, Chelsea yang memecah rekod perpindahan tertinggi BPL untuk mendapatkan khidmatnya.

3. Kaka
(AC Milan to Real Madrid, 2009, £56 million)


 Nama penuh : Ricardo Izecson dos Santos Leite
 D.O.B : 22 April 1982
Posisi : Perancang tengah (Centre Midfielder CM, Attacking Midfielder AMC)

Anak kepada seorang jurutera awam serta cikgu sekolah, Kaka memulakan karier di kelab Sao Paulo, Brazil pada umur 15 tahun. Dengan penampilan sebanyak 58 kali dengan 23 gol, kelab eropah mula mencongak untuk membeli Kaka. Tahun 2003, Kaka dipancing ke AC Milan, dengan 10 gol melalui 30 penampilan, membawa AC Milan memenangi Scudetto dan Piala EUFA. Walaupun gagal membawa kejuaran Liga Juara Juara Eropah (Champions League) pada tahun 2005, beliau dinobatkan sebagai pemain tengah terbaik kejohanan. Membuat penampilan sebanyak 82 kali bersama Brazil, dengan 27 gol, menyaksikan peminat mula melupakan siapa Ronaldinho.

2. Zlatan Ibrahimovic
(Inter Milan to Barcelona, 2009, £56.5 million)


Nama penuh : Zlatan Ibrahimovic
D.O.B : 3 Oktober 1981
Posisi : Penyerang (Centre Forward, CF)

Pemain kebangsaan Sweden, berdarah kacukan Bosnia dan Croatia, memulakan karier secara profesional di kelab Malmo FC pada tahun 1999. Begitu mengenali corak permainan Serie A kerana menyertai 3 kelab gergasi iaitu Juventus, Inter Milan sebelum berpindah ke Barcelona. Musim 2006 / 2007 memberi kesan mendalam kepada Zlatan dengan membawa Inter Milan menjuarai Scudetto dengan 97 mata, serta 17 kemenangan berturut-turut, yang merupakan rekod terbaik ketika ini.Berbanding Torres, Zlatan cukup merasakan nikmat kejuaraan bersama kelab tetapi gagal membawa Sweden ke tempat yang mampu dibanggakan.

1. Cristiano Ronaldo
(Man Utd to Real Madrid, 2009, £80 million)



Nama penuh :  Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro
D.O.B : 5 February 1985
Posisi : Penyerang / pemain tengah dan sayap(CF, AMC, AMR)


Ibarat perkataan omputih ' no need introduction', Cristiano Ronaldo merupakan pujaan ramai awek-awek di seluruh dunia kerana pakej sempurna yang ada. Memulakan karier bersama kelab Sporting CP pada 2001, Portugal, menyaksikan Sir Alex Ferguson mula memancing untuk bermain bersama Red Devils. Dikenali dengan kepantasan serta gaya mengemudi serangan serta tendangan percuma (free kick) 'trade mark', menyaksikan Ronaldo menyarung jersi Man Utd sebanyak 196 kali dengan jumlah gol 84. Bersama dengan skuad Galacticos, Ronaldo sudah membuat penampilan 50 kali, tetapi menjaringkan 48 gol dengan purata gol setiap perlawanan 0.96 / hampir 1 gol untuk 1 perlawanan. Pemenang FIFA World Player of The Year pada 2008 ini merasakan ruang trofi masih kosong dengan kejuaraan bersama Portugal.


Hahahaha...begitulah carta yuran perpindahan pemain bola sepak tertinggi di dunia sehingga kini. Yang menyakitkan hati aku bila wat post ni, hampir semua masih muda daripada aku, kecuali lah Zidane, Buffon, Crespo, Figo... dah jutawan diorang ni...

Tuesday, February 1, 2011

Gong Xi Fa Chai

 所有的人拥有互联网访问或看到我的博客,祝新年快乐

Kepada semua warga internet yang ada melayari atau melihat blog saya, saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru cina!!!

MP3 : Ukays ; Bisa Berbisa (1994)

Hehehe...mood utk share album-album melayu la plak



UKAYS : Bisa Berbisa
Tahun : 1994
Jumlah Lagu : 10

Track List
1. Ukays - Seksa (5:26)
2. Ukays - Kau Satu Satunya (5:52)
3. Ukays - Nafas Orang Kota (5:01)
4. Ukays - Siapa Yang Rampas Cintamu (5:34)
5. Ukays - Untuk Apa (4:43)
6. Ukays - Minda Dan Jiwa (5:20)
7. Ukays - Tergamak Kau (4:33)
8. Ukays - Nyanyian Jiwa (4:02)
9. Ukays - Cinta Ku (4:39)
10. Ukays - Di Sana Menanti Di Sini Menunggu (5:30)

Consider salah satu album terbaik Ukays pada zaman itu, padat ngan lagu-lagu top seperti Seksa, Di Sana Menanti Di Sini Menunggu, dan banyak lagi

DOWNLOAD >>> Ukays : Bisa Berbisa (1994)

MP3 : One Nation Emcees Album

One Nation Emcees (2010)



Track list
1. One Nation Emcees - Apa Ku Kisah (4:07)
2. One Nation Emcees - Syukur (Kau Yang Satu) (3:53)
3. One Nation Emcees - Dendangkan (3:36)
4. One Nation Emcees - Bisikan Cinta (feat. Damian Mikhail) (4:43)
5. One Nation Emcees - Raja Gelek (4:41)
6. One Nation Emcees - Laungkan (Lagu Tema Piala Dunia 2010) (Bonus Track) (3:45) 

DOWNLOAD >>> One Nation Emcees

MP3 : It Must Be Love Album

Wah...kali ni aku uploadkan satu album yang evergreen sepanjang zaman. Tajuk album dia ; It Must Be Love. tgk track list kat bawah, dan download link (Hotfile).


VA - It Must Be Love (2011)
MP3 192 Kbps | 2 CDs | 40 Tracks | 144 MB | 2011
Genre: Pop, R&B


Track List:

CD 1
1. It Must Be Love - Madness
2. I Got You Babe - UB40 & Chrissie Hynde
3. Truly Madly Deeply - Savage Garden
4. Time After Time - Cyndi Lauper
5. Angel Of Mine - Eternal
6. Light Of My Life - Louise
7. Whole Again - Atomic Kitten
8. One Love - Blue
9. See It In A Boy's Eyes - Jamelia
10. Never Be The Same Again [single edit] - Melanie C & Lisa 'Left Eye' Lopes
11. Jessie - Joshua Kadison
12. Human [edit] - Human League (The)
13. Come In Out Of The Rain - Wendy Moten
14. Tonight I Celebrate My Love - Peabo Bryson & Roberta Flack
15. We've Got Tonight - Kenny Rogers & Sheena Easton
16. Heart And Soul - T'Pau
17. Sleeping Satellite - Tasmin Archer
18. Maybe I'm Amazed - Carleen Anderson
19. It Started With A Kiss - Hot Chocolate
20. Only You - Yazoo

CD 2
1. It Must Have Been Love - Roxette
2. Sorry Seems To Be The Hardest Word [radio edit] - Blue & Elton John
3. True - Spandau Ballet
4. Nothing Compares 2 U - Sinead O'Connor
5. China In Your Hand - T'Pau
6. I Can't Help Falling In Love With You - UB40
7. Time (Clock Of The Heart) - Culture Club
8. You Sexy Thing [single version] - Hot Chocolate
9. More Than This - Roxy Music
10. Vienna - Ultravox
11. Tracks Of My Tears, The - Go West
12. Kayleigh - Marillion
13. I Just Died In Your Arms - Cutting Crew
14. Heaven Is A Place On Earth - Belinda Carlisle
15. Power Of Love, The - Huey Lewis & The News
16. Smoke Gets In Your Eyes - Bryan Ferry
17. Brown Eyed Girl - Van Morrison
18. When You're In Love With A Beautiful Woman - Dr. Hook
19. We Have All The Time In The World - Louis Armstrong
20. Lovin' You - Minnie Riperton


DOWNLOAD >>> It Must Be Love Album

Liga Super Malaysia 2011 : Kedudukan Pasukan Selepas Matchday 2

Asalamualaikum,



berikut merupakan kedudukan terkini berdasarkan kepada keputusan perlawanan pada 1 Feb 2011.


























































































































































Bolasepak : 10 Rekod Yuran Perpindahan Tertinggi Setakat ini (part 1)

Tadi, kita dah tengok keputusan Liga Super Malaysia 2011, yang pernah kecoh atas kes perpindahan pemain-pemain kebangsaan ke liga super Indonesia. sekarang ni, aku nak bagitau kat korang semua 10 rekod yuran perpindahan tertinggi setakat ini

10. Gianluigi Buffon
(Parma to Juventus, 2001, £32.6 million)

 Merupakan penjaga gol yang mendapat rekod perpindahan tertinggi ketika berhijrah ke Juventus, dan turut memegang rekod untuk pemain posisi pertahanan + goalie tertinggi.

9. David Villa
(Valencia to Barcelona, 2010, £34 million)


 Agak ganjil proses perpindahan penyerang prolifik ini, kerana Villa menyertai Skuad Catalan sebelum World Cup 2010 dimulakan. Tonggak utama Sepanyol ini dikatakan seorang yang mempunyai killer instinct yang bagus sebagai seorang penyerang (forward)

8. Andy Carroll
(Newcastle to Liverpool, 2011, £35 million)


 Dunia belum begitu mengenali Andy Carroll selain peminat Newcastle & England. Penyerang berketinggian 6" 3 ' ini dikatakan tidak ingin meninggalkan kelab The Toon, tetapi dipaksa oleh pemilik kelab, Mike Ashley bagi menyuntik dana kelab yang baru sahaja kembali ke kancah Barclays Premier League (BPL) musim 2010/2011. Dengan 11 gol daripada 19 perlawanan, Liverpool nekad membeli pemain yang bakal menyarung jersi keramat no. 9 di Anfield nanti.

7. Hernan Crespo
(Parma to Lazio, 2000, £35.5 million)


Pembelian yang amat bermakna bagi skuad yang berpengkalan di Rome ini apabila Crespo membantu Lazio menjuarai Liga Itali (Scudetto) pada musim 2000/2001. Aku pasti beli Crespo kalo main Championship Manager (CM) 00/01, kerana pasti memberikan 'double digit goal' utk kelab aku. hehehehehe.....

6. Luis Figo
(Barcelona to Real Madrid, 2000, £37 million)


 Pembelian yang mengundang rasa marah apabila Figo nekad menyertai Real Madrid dari seteru lamanya, Barca. Figo merupakan salah seorang perancang tengah yang hebat dan merupakan tonggak utam dalam generasi 'emas' Skuad Portugal.

Kita akan bersambung bahagian kedua (5-1), insyaAllah, jika diberi kelapangan masa dan tenaga.

Bolasepak : Keputusan Liga Super (Matchday 2 ; 1 Februari 2011)

Asalamualaikum... sejahtera la keatas kamu semua, wahai saudara muslim ku..



berikut merupakan keputusan terkini perlawanan kedua liga Super 2011 yang berlangsung pada malam tadi (1 Feb 2011). InsyaAllah, aku akan bawakan keputusan semasa Liga Super Malaysia 2011 dalam blog aku ni. (sebab aku pun minat bola sepak

Perlis 0 Selangor 2

Kelantan 1 Terengganu 1

Kuala Lumpur 1 Sabah 0

T-Team 1 Negeri Sembilan 3

Kedah 1 Felda United 0

Harimau Muda A 3 Pahang 1

Perak 1 Johor FC 0

Jadual perlawanan seterusnya ;

12 February 2011
No. Time Home
Away Venue
15 8:45:PM Kelantan vs Johor FC Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu
16 4:45:PM Selangor vs Kuala Lumpur Stadium Shah Alam, Selangor
17 4:45:PM Terengganu PBDKT T-Team vs Harimau Muda A Stadium MBPJ, Kelana Jaya
18 8:45:PM Kuala Lumpur Felda United FC vs Pahang Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras
19 8:45:PM Perak vs Negeri Sembilan Stadium Perak, Ipoh
20 4:15:PM Sabah vs Kedah Stadium Likas, Sabah
11 February 2011
No. Time Home
Away Venue
21 8:45:PM Perlis vs Terengganu Stadium Utama Negeri, Kangar