Wednesday, May 4, 2011

Novel : Aku dan dirimu (part 4)

Pengalaman aku ber'kapel' ngan Khaty ketika usia baru mencecah 14 tahun merupakan pengalaman yang unik. Unik bukan sebab masih muda, unik sebab aku masih meraba-raba dalam pengertian cinta kepada wanita yang tiada hubungan darah daging ngan aku...

Tiada apa yang begitu menarik bagiku apatah lagi memori dalam otakku tidak dapat mengimbas kenangan terbaik ketika aku bersama ngan Khaty. Mungkin atas sebab inilah aku ditinggalkan oleh Khaty ketika masuk tingkatan 3. atau mungkin dia mahu fokus dengan PMR, aku pun tak pasti...

Sindrom adik-abang angkat berjangkit kat aku bila berada di tingkatan 3, maklumlah masa tu ada junior baru masuk dan era tingkatan 3 ibarat sama hebat ngan tingkatan 5. insiden pergaduhan antara member aku ngan senior tingkatan 5 tak dapat dilupakan seolah-olah memberikan lagi bukti kukuh tingginya martabat tingkatan 3.

Berbalik dengan kisah adik angkat, aku tidak ketinggalan untuk mencuba nasib (hahahaha..mencuba nasib) untuk memiliki sorang adik angkat, dan dah tentulah adik angkat perempuan. aku tak mau dituduh songsang kalo ada adik angkat lelaki. Shireen, namanya cukup ringkas tetapi bila memandang wajahnya, bagaikan memberi kilauan kepada namanya. Shireen menggelarkan dirinya dengan 'snow girl' dan aku bersetuju dengan gelaran itu memandangkan betapa putih dan gebu kulitnya.

Tetapi sekali lagi aku gagal menghayati perhubungan ini dengan lebih mendalam dek kerana dalam diri aku sedang memberontak untuk mencari identiti sebenar aku...

bersambung....