Ok.. sambungan kepada post yuran perpindahan yang tertangguh untuk tempoh 24 jam, hehehehe... BTW, dekat rumah aku ni bole tahan meriah malam 'makan besar' keluarga cina disini.. skali lagi aku ucapkan kepada mereka Gong xi fa chai... Untuk top 5 ni, aku akan bagi detail skit pasal diorang
5. Zinedine Zidane
(Juventus to Real Madrid, 2001, £46.5 million)
Nama penuh : Zinedine Yazid Zidane
Panggilan : Zizou
Date of Birth (D.O.B) : 23 Jun 1972
Posisi : Perancang tengah (Centre Midfielder CM, Attacking Midfielder AMC)
Semua orang didunia mengenali Zidane dengan kes di Piala Dunia 2006 apabila dia menanduk Materazzi, menyebabkan Perancis terlepas peluang merangkul Piala Dunia ketika itu. Zidane amat dikenali dengan 'skill' hantaran bola yang begitu tepat, menyaksikan Perancis menjuarai Piala Dunia 1998 dengan bakat serta karisma Zidane ketika itu. Ketika ini, Zidane sedang membantu kelab Real Madrid secara belakang tabir serta menjadi duta untuk beberapa badan amal. BTW, dia seorang pemain beragama Islam.... hehehehe
4. Fernando Torres
(Liverpool to Chelsea, 2011, £50 million)
Nama penuh : Fernando José Torres Sanz
Panggilan : El-Nino
D.O.B : 20 Mac 1984
Posisi : Penyerang (Centre Forward, CF)
Fernando Torres memulakan kerjaya bola sepak beliau di kelab Atletico Madrid, sebelum berhijrah ke Liga Perdana Inggeris (BPL) melalui kelab Liverpool pada tahun 2007. Memecahkan rekod jaringan gol Ruud Van Nisterooy pada musim pertama, peminat mula melaungkan yang Torres mampu membawa kejuaraan liga untuk Liverpool. Malangnya, selepas 4 musim berlalu, Torres belum mendapat mengucup juara liga, sesuatu yang tidak dibanggakan walaupun jaringan tunggal beliau untuk final EURO 2008 memberi Sepanyol kejuaraan pertama kejohanan Eropah itu. Kemampuan untuk melakukan sesuatu yang magis serta kepantasan Torres memikat bukan sahaja peminat malah, Chelsea yang memecah rekod perpindahan tertinggi BPL untuk mendapatkan khidmatnya.
3. Kaka
(AC Milan to Real Madrid, 2009, £56 million)
Nama penuh : Ricardo Izecson dos Santos Leite
D.O.B : 22 April 1982
Posisi : Perancang tengah (Centre Midfielder CM, Attacking Midfielder AMC)
Anak kepada seorang jurutera awam serta cikgu sekolah, Kaka memulakan karier di kelab Sao Paulo, Brazil pada umur 15 tahun. Dengan penampilan sebanyak 58 kali dengan 23 gol, kelab eropah mula mencongak untuk membeli Kaka. Tahun 2003, Kaka dipancing ke AC Milan, dengan 10 gol melalui 30 penampilan, membawa AC Milan memenangi Scudetto dan Piala EUFA. Walaupun gagal membawa kejuaran Liga Juara Juara Eropah (Champions League) pada tahun 2005, beliau dinobatkan sebagai pemain tengah terbaik kejohanan. Membuat penampilan sebanyak 82 kali bersama Brazil, dengan 27 gol, menyaksikan peminat mula melupakan siapa Ronaldinho.
2. Zlatan Ibrahimovic
(Inter Milan to Barcelona, 2009, £56.5 million)
Nama penuh : Zlatan Ibrahimovic
D.O.B : 3 Oktober 1981
Posisi : Penyerang (Centre Forward, CF)
Pemain kebangsaan Sweden, berdarah kacukan Bosnia dan Croatia, memulakan karier secara profesional di kelab Malmo FC pada tahun 1999. Begitu mengenali corak permainan Serie A kerana menyertai 3 kelab gergasi iaitu Juventus, Inter Milan sebelum berpindah ke Barcelona. Musim 2006 / 2007 memberi kesan mendalam kepada Zlatan dengan membawa Inter Milan menjuarai Scudetto dengan 97 mata, serta 17 kemenangan berturut-turut, yang merupakan rekod terbaik ketika ini.Berbanding Torres, Zlatan cukup merasakan nikmat kejuaraan bersama kelab tetapi gagal membawa Sweden ke tempat yang mampu dibanggakan.
1. Cristiano Ronaldo
(Man Utd to Real Madrid, 2009, £80 million)
Nama penuh : Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro
D.O.B : 5 February 1985
Posisi : Penyerang / pemain tengah dan sayap(CF, AMC, AMR)
Ibarat perkataan omputih ' no need introduction', Cristiano Ronaldo merupakan pujaan ramai awek-awek di seluruh dunia kerana pakej sempurna yang ada. Memulakan karier bersama kelab Sporting CP pada 2001, Portugal, menyaksikan Sir Alex Ferguson mula memancing untuk bermain bersama Red Devils. Dikenali dengan kepantasan serta gaya mengemudi serangan serta tendangan percuma (free kick) 'trade mark', menyaksikan Ronaldo menyarung jersi Man Utd sebanyak 196 kali dengan jumlah gol 84. Bersama dengan skuad Galacticos, Ronaldo sudah membuat penampilan 50 kali, tetapi menjaringkan 48 gol dengan purata gol setiap perlawanan 0.96 / hampir 1 gol untuk 1 perlawanan. Pemenang FIFA World Player of The Year pada 2008 ini merasakan ruang trofi masih kosong dengan kejuaraan bersama Portugal.
Hahahaha...begitulah carta yuran perpindahan pemain bola sepak tertinggi di dunia sehingga kini. Yang menyakitkan hati aku bila wat post ni, hampir semua masih muda daripada aku, kecuali lah Zidane, Buffon, Crespo, Figo... dah jutawan diorang ni...
No comments:
Post a Comment