Tuesday, March 15, 2011

Novel : Aku dan dirimu (part 3)

Aku panic skejap, kot2 surat dari cikgu Yunos, merangkap cikgu disiplin sekolah. Aku rasa setakat ni belum ada aktiviti yang aku buat melanggar peraturan sekolah, walaupun ada dalam perancangan... hehehehe...tapi hati tenang disebabkan dua perkara, pertama hari ni hari ahad, n sekolah cuti... dan yang kedua, rupa surat tu langsung x gaya surat rasmi... tengok bentuk surat pun aku dah mula dapat mengagak mesti perempuan yang bagi ni...

kemusykilan melanda diri, sebab sepanjang usia aku ni, aku x pernah terima surat dari kaum hawa, termasuk ibu ku sendiri. Mau taknya, ibu ku bukan reti menulis (warga emas lahir 1938, susah time tu, dah la kena kawen muda sbb takut di rembat oleh askar jepun, so pendidikan pun x seberapa). Berbalik kepada kes surat pertama aku terima ni, aku mula-mula pelik, surat ke pembaris.. dengan rupa paras cam pembaris, lebih panjang daripada pembari 30cm, aku terkedu... bukan terkedu sbb rupa paras surat ni, tapi terkedu siapalah si gadis yang nak tulis surat ni...

"woit u-t (panggilan paling pendek untuk Sayuti), betul ke surat ni hok aku?, ke mu salah orang?" Persoalan yang aku lemparkan kepada rakan merangkap posmen pertama ku.. "mu cuba baca molek depan tu, bukan nama mu ke tu?" balasan kepada soalan aku dah diperolehi. aku mula bergegas berlari balik ke dorm, sambil mata rakan-rakan ku melihat kelibat larianku yang mcm monyet dapat bunga...aku menuju ke toilet, cepat2 kuncikan pintu sebab aku x mau orang skodeng aku...

Saat aku membaca setiap perkataan, aku mula berteka teki, siapalah perempuan yang nak berkawan rapat dengan aku ni.. dengan rupa paras xdenye, harta pun xde (masih belajar tingkatan dua, duit biasiswa belajar ader ar). ada dua lembaran, satu surat nak berkenalan n ajak aku dating buat pertama kalinya, dan satu lagi lirik lagu May - Suci. aku hayati bait-bait lirik lagu tu, dan aku mengerti, sebuah persahabatan yang suci ingin dihulurkan kepadaku... aku takut bercampur gembira, takut kalo aku menjadi umpan kepada perempuan kelab ABC tu, tapi gembira dengan kehadiran seorang insan bernama wanita ingin mengenaliku dengan lebih rapat... di akhir surat, dia cuma menulis namanye, Khaty... aku kena cari siapa wanita memiliki nama indah ni...

"Oih Mali, dah dah la tu... jom main bola pulak" suara garau Stuyer sambil mengetuk pintu tandas menghilangkan awan angan-angan aku.. cepat-cepat aku lipat semua surat tu dan masukkan dalam poket seluar... Boleh ke aku main tanpasebarang gangguan angau aku ini......

bersambung


(p/s : untuk tatapan, lagu May - Suci untuk semua)
Alangkah indah kehidupan ini
Jika saling mengasihi
Kita hulurkan persahabatan
Dengan niat suci

Alangkah indah oh jiwa nurani
Jika saling menyayangi
Tuhan tidak memandang wajahmu
Tapi di hatimu

Bersihkanlah jiwa dengan amalan
Yang mendekatkan kita kepada yang Esa
Aku redha apa yang ditakdirkan-Nya

Bersamalah kita berdoa
Semoga cinta kau dan aku
Bisa tembus ke pintu syurga
Berkat rahmat-Nya

Cinta yang berlandaskan suci
Tidak pernah mungkiri janji
Sama-sama menanggung rindu
Dan jujur selalu
Hingga ke akhirnya
Suci dan setia

Monday, March 14, 2011

Novel : Aku dan dirimu (part 2)

woit... jom, minum petang...makan kuih 'batu'!!! jeritan kuat kawan sedaerahku, Sayuti @ Stuyer memecah keheningan petang, taktala air liur aku dah merebak ke sluruh bantalku. mujurla aku ada bantal spare yang aku rembat kat dorm kosong dlu.

dah setahun aku di sekolah sains ni, langsung aku lupakan kenangan aku ketika lari dari sekolah agama dulu. 'Survival' aku di sekolah ni agak berjaya kesnya ; aku ditempatkan di bilik orang junior (form 1& form 4 baru masuk). Paling aku x dapat lupakan bile aku tgk kawan-kawan setingkatan ngan aku kena buli basuh baju 3 baldi seorang pasal men hoki dalam dorm. dah la kena basuh, ada plak sluar kecik abg senior yang bersemut... mungkin siptom awal kencing manis dah ada, atau dia menyorok bekalan makanan di celah pakaiannya, aku x pasti.

"oit, nak gi makang ke dok ni" tanya Stuyer kat aku. aku melompat dari katil double decker trus mencapai selipar berlari ibarat Watson Nyambek ke tandas, sambil membilas muka dan basahkan rambutku. Kadang-kadang aku x paham kenapa Stuyer mengajak aku pergi ke dewan makan untuk membelasah kuih batu (kuih pau kacang, tapi keras gile), mungkin dia dahaga minda sebab duk mengarang surat cinta untuk kekasihnya, Nana. Hmm...terpana minda aku seketika bila melihat mukat Stuyer yang bukan main hepi, sambil ditangannya ada sampul surat kaler biru. mau x terpana, aku masih solo, dan aku x dapat pengganti kepada Zalia yang begitu mesra kepadaku. Sentimen pempuan membenci lelaki ketika sangat kuat sampai siap ada kelab ABC (Anti Boys Club), walhal masa tu si ahli kelab ni melayan lagu2 dan backstreet boys. ABC membawa slogan untuk tidak ber'kapel' dan aku pada mulanya marah, marah kerana aku dah la tak ensem macam Stuyer, apa lagi aku bole jaja kat perempuan. Tapi aku ketepikan permasalahan kumpulan ABC ni, sebaiknya aku cuba fokus untuk memikirkan cara untuk menelan kuih batu tu nanti.

Aku tau dalam perjalanan nanti, Stuyer akan melalui persimpangan Aspura (asrama putera) , dewan makan dan Aspuri (asrama puteri). Dari jauh, aku dapat melihat kelibat Nana yang sedang menguntumkan senyuman untuk Stuyer. Aku tengok muka Stuyer yang mula merah, sambil mengawal kehenseman dengan membetulkan bingkai cermin matanya. Nana juga tidak keseorangan, ada kawan yang tinggi lampai bercermin mata menemaninya, dan aku kenal perempuan tu. Walaupun dia bukan sekelas denganku tapi aku arif benar dengan raut wajahnya yang merupakan salah seorang daripada ahli ABC (aku tak tahu namanya). Aku x berfikir panjang untuk meninggalkan Stuyer lalu menepuk bahunya yang aku pergi masuk ke dewan makan dulu.

Riak muka teman Nana tadi berubah bila aku menyusun langkah menjauhi mereka. Aku x mahu rupa parasku dijadikan modal untuk ahli kelab ABC ni ketika membentangkan minit mesyuarat nanti. di dalam dewan makan, aku terlihat kelibat Tun sedang cuba memamah kuih pau tu sambil ditemani Fadli. Tun melambai-lambai tangannya menyuruh aku bersama mereka. Tun pun salah seorang kawan sedaerah aku di sekolah ini, bersama-sama menaiki bas yang x seindah nama untuk pulang ke kampung halaman. sambil cuba mengenyangkan diri dengan kuih dan air Teh O, Tun bersembang pasal sukan ragbi dan persiapan beliau untuk MSSD (majlis sukan Sekolah Daerah). aku sanjung Tun, badan kecil, baru tingkatan dua tapi di padang cukup lincah.

"Mali...ooo Mali... mung nak surat ke? " tanya si Stuyer yang sedang menuju ke meja kami. Surat apa yang Stuyer maksudkan?

Bersambung.....

Novel : Aku dan dirimu (part 1)

Hirupan segar udara pagi menyamankan minda aku yang berkecamuk dek perangai aku sendiri. Sekolah ini merupakan sekolah ketiga dalam tempoh dua bulan aku mencecah usia 13 tahun. Bukan kerana aku ni tergolong daripada budak-budak nakal, tapi aku menakalkan minda aku, kononnya aku ni masih perlu berada di bawah ketiak ibu ku. Hahahaha, tergelak aku seketika mengenangkan taktik aku untuk lari dari sekolah agama tu... bukan sekolah agama tu x besh... tapi terlalu jauh... lebih kurang 3 jam perjalanan dari kampungku... ahhh...teringat kembali si Norzalia. Saat aku tinggalkan meja dan kerusi di kelas 1 Fatah, aku merenung mukanya yang kesedihan.. yerla, aku dah mengenalinya lebih dari sebulan, apatah lagi kedudukan mejaku hanya sebelah mejanya..

Aku pun x paham kenapa ketika itu, aku lebih mudah untuk berkawan dengan zalia daripada rakan-rakan yang lain. aku x nafikan wajahnya yang manis, ayu disaluti tudung labuh... aduh, aku dah simpan cita-cita nak tulis surat cinta untukmu zalia.... bukan seperti sekarang, handphone ada, internet ada... yang ku ada ketika itu lembaran kertas kajang A4, dan sedikit bedak dashing aku letakkan untuk beri kewangian walaupun bahasa ku tidak seindah bau bedak tu... akhirnya surat tu ke tong sampah jugak....

Norzalia dan aku ibarat langit dan bumi... dia terlalu sempurna, x salah kalo aku samakan dia seperti bidadari dari syurga. sedangkan aku hanya lelaki berkulit legam, kurus, bibir tebal. bukan seperti hero remaja yang menjadi pilihan anak mudi ketika tu... tapi aku x tau kenapa zalia bersungguh nak berkawan denganku.. mungkin ketika tu aku jujur, atau aku ni anak orang susah, tiada harta, malahan aku ke asrama sekolah agama ni pun mak aku sibuk meminjam sana sini... kesian mak aku, sejak ayahku pergi kerana menerima jemputan tuhan ketika usiaku masih kecil, mak aku kena besarkan aku dan karenah aku ni. Zalia banyak membantuku ketika aku perlukan belaian kasih sayang seorang wanita untuk gantikan tempat ibuku seketika.. anehnya, zalia tak lokek dalam pertolongannya, terutama sekali pemadam yang selalu aku 'pow' dari dia, tapi dia x pernah memarahi aku, sebaliknya dia melemparkan senyuman paling indah buatku... ahhh... zalia, maafkan aku. aku memilih untuk tak berjauhan dari ibuku...hehehehehehe....

'Hah, berangan pulak, dah sampai ni, jangan pkir nak berhenti sekolah lagi. Bukan senang nak sekolah sains ni' - abang no 3 duk membebel sambil mengeluarkan barang dari kereta Nissan Sunny. aku terdiam, mampu kah aku untuk kekal lebih lama disini...

Bersambung.......