Kali ni aku nak bagi pengenalan tentang satu kaedah penilaian risiko dan penyelesaian masalah iaitu ; Failure Mode & Effect Analysis (FMEA). kalo korang google atau wiki, korang akan jumpa nota / literature berkaitan ngan FMEA. Tapi aku x sure, ada x orang kat Malaysia ni citer pasal FMEA lebey lanjut. Since aku ada ar pengalaman skit2 mengajar orang serta tahu nak kendalikan FMEA ni, aku ajar la korang.
FMEA ni seperti yang dinyatakan pada awal, merupakan salah satu kaedah yang digunapakai utk menyelesaikan masalah.Alat kualiti ni menjadi kewajipan kepada mana-mana syarikat yang membuat komponen berkaitan automotif (persijilan ISO / TS 16949) ; terutamanya kepada mana-mana pembekal (supplier) kepada 3 giants ; Chrysler, General Motors (GM) dan Ford Motors Company. FYI, diorang bertiga sudah membentuk kesatuan yang dikenali sebagai AIAG (automotive industry action groups).
Kenapa Perlu FMEA??
- kisah yang berlaku kepada Toyota bukanlah merupakan cerita pertama didunia berkenaan nyawa manusia tergadai akibat kemalangan jalan raya. Ralph Nader (www.en.wikipedia.org/wiki/Ralph_Nader), seorang kolumnis yang menulis buku berkaitan tentang industri kereta di USA serta kemalangan jalan raya yang meragut nyawa berlipat kali ganda jika dibandingkan dengan Vietnam war pada masa itu 'mnghidupkan' serta memarakkan elemen keselamatan dan suara pengguna (consumerism). Atas dasar inilah FMEA digunakan secara meluas dalam industri kereta, dan pernah digunakan dalam bidang ketenteraan, angkasalepas dan banyak lagi.
Kes Ford Pinto (1971-1978) membuka mata semua pihak mengapa penilaian risiko seperti FMEA ni perlu ada.